Isnin, 29 Disember 2014 | 1:08pm
SORAKAN peminat yang hadir menghangatkan lagi Jelajah Konsert Menakluk Kosmos di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar
SORAKAN peminat yang hadir menghangatkan lagi Jelajah Konsert Menakluk Kosmos di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

5,000 saksi pembukaan konsert bergerak Wings

AWIE beraksi dengan penuh tenaga ketika membuat Jelajah Konsert Menakluk Kosmos di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar
AWIE beraksi dengan penuh tenaga ketika membuat Jelajah Konsert Menakluk Kosmos di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

SEBERANG JAYA: Kira-kira 5,000 penonton menyaksikan Konsert Menakluk Kosmos yang berlangsung di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di sini, kelmarin.

Pada konsert bergerak di lokasi pertama yang diadakan bersempena kemunculan album baru itu, Wings turut melancarkan Tabung Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur dengan kerjasama Pertubuhan Komuniti Prihatin Seberang Jaya.

Vokalisnya, Ahmad Azhar Othman atau Awie, berkata 90 peratus daripada hasil kutipan tabung akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

AWIE (kanan) bersama ahli kumpulannya, Eddie (kiri) dan Black (tengah) melancarkan Tabung Bantuan Banjir Pantai Timur ketika hadir membuat persembahan dalam Jelajah Konsert Menakluk Kosmos di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

"Selepas Pulau Pinang, Wings dijadualkan meneruskan konsert sama di Melaka pada 31 Januari depan disusuli beberapa destinasi lain termasuk Sabah. Sekali gus kami membawa bersama tabung ini.

"Menjadi tanggungjawab Wings dan peminat sebagai rakyat Malaysia untuk membantu insan lain yang berdepan dugaan besar begini," katanya selepas pelancaran tabung.

Selain Awie, kumpulan yang ditubuhkan pada 1985 itu turut dianggotai Joe, Eddie dan Black.

Konsert Menakluk Kosmos adalah persembahan mega bergerak Wings yang pertama selepas 20 tahun untuk mempromosikan buah tangan terbaharu selepas kali terakhir menjayakan misi sama ketika kemunculan album Bazooka Penaka pada 1994.

Berita Harian X