Jumaat, 10 March 2017 | 9:33am

Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini

KUALA LUMPUR: Indeks penanda aras pasaran tempatan, Indeks FBM KLCI dibuka lebih rendah pagi ini.

Pada jam 9.01 pagi, indeks penanda aras itu berada pada paras 1,715.540, susut 1.880 mata berbanding 1,717.42 penutup semalam.

Indeks FBMEmas turut mencatat penurunan 9.510 mata kepada 12,124.940 disusuli Indeks FBMT100 dengan 11.550 mata rendah kepada 11,792.620.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 106 berbanding 79, sementara 1,560 kaunter tidak berubah.

Dagangan harian berjumlah paras 86.48 juta saham bernilai RM38.44 juta.

Berita Harian X