Rabu, 8 March 2017 | 7:29pm

Dua peluncur ski maut di Perancis

LYON: Dua peluncur ski terbunuh manakala dua lagi dilaporkan masih hilang selepas beberapa siri runtuhan salji di Pergunungan Perancis, hari ini.

Tiga peluncur dari Belanda dalam usia 20-an itu dikatakan tertimbus di kawasan berdekatan pusat peranginan Valfrejus ketika sedang beraksi.

Seorang daripada mereka disahkan maut di tempat kejadian manakala dua lagi dilaporkan masih hilang.

Jurucakap pasukan penyelamat dalam satu kenyataan berkata, semua mangsa didapati tidak memiliki sebarang alat pengesan ketika kejadian.

"Sistem pengesan itu membolehkan pasukan penyelamat mencari dan menyelamatkan mereka jika tertimbus di bawah runtuhan salji," katanya.

Helikopter penyelamat dan khidmat anjing pengesan turut digunakan bagi mencari dua peluncur yang masih hilang itu.

Dalam satu kejadian berasingan di pusat peranginan Vars dan Risoul, seorang peluncur salji maut dalam satu runtuhan. Ia disahkan pegawai tempatan di sini, tanpa memberikan sebarang maklumat lanjut. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X