Selasa, 7 March 2017 | 10:37pm

Semua peluncur ski di Perancis selamat

SEMUA peluncur ski yang sebelum ini dilaporkan tertimbus dalam kejadian runtuhan salji di sebuah kawasan percutian yang popular, di sini, dilaporkan selamat. - Foto Tignes
SEMUA peluncur ski yang sebelum ini dilaporkan tertimbus dalam kejadian runtuhan salji di sebuah kawasan percutian yang popular, di sini, dilaporkan selamat. - Foto Tignes

TIGNES: Semua peluncur ski yang sebelum ini dilaporkan tertimbus dalam kejadian runtuhan salji di sebuah kawasan percutian yang popular, di sini, dilaporkan selamat.

Petugas penyelamat sudah menamatkan misi mencari mangsa di kawasan pergunungan Perancis, hari ini manakala perkhidmatan media di tempat berkenaan mengesahkan tiada korban dalam insiden itu.

"Beberapa peluncur yang terbabit dalam runtuhan itu berada di bawah jagaan kakitangan kami sekarang.

"Kerja mencari dan menyelamat berakhir dan disahkan tiada siapa pun terkorban atau cedera," kata pengurusan pusat peranginan itu dalam satu kenyataan.

Terdahulu, runtuhan salji itu dikhuatiri menimbus ramai peluncur ski yang berada di lokasi kejadian.

Operasi mencari mangsa itu turut dibantu pasukan anjing pengesan manakala bantuan helikopter tidak dapat digunakan berikutan jarak penglihatan yang terhad.

Kejadian pada jam 10 pagi waktu tempatan itu dikategorikan sebagai skala keempat. Jika ia berada pada skala kelima, keseluruhan kawasan peranginan itu akan diarah ditutup kepada orang ramai. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X