Isnin, 6 March 2017 | 8:13pm

Polis India temui 19 janin dalam saluran pembetung

PENDUDUK di Mumbai. - Foto Aljazeera
PENDUDUK di Mumbai. - Foto Aljazeera

MUMBAI: Polis India menjumpai 19 janin perempuan yang dipercayai digugurkan dalam saluran pembetung di negeri barat Maharashtra, sekali gus membongkar masalah pengguguran janin perempuan di negara ini.

"Kami menjumpai 19 janin dan cuba menjejaki doktor yang sudah menghilangkan diri," kata Penguasa Polis Daerah Sangli, Maharasthra, Dattatray Shinde.

Katanya, janin ditemui lewat semalam, dibungkus dalam beg plastik biru dan diletakkan di dalam saluran pembetung bersebelahan sebuah klinik yang dikendalikan Doktor Babasaheb Khidrapure, di Kampung Mhaisal.

Menurut Shinde, penemuan itu dibuat selepas seorang wanita berusia 26 tahun meninggal dunia ketika cubaan menggugurkan janin gagal.

"Kami telah menahan suami mangsa, Praveen Jamdade kerana memaksa dia menggugurkan kandungan," katanya.

Ujian pranatal adalah amalan yang menyalahi undang-undang di India, dasar yang direka untuk menggugurkan janin perempuan oleh pasangan yang terdesak mahukan anak lelaki.

Bagaimanapun, ujian itu masih dianggap biasa, terutama di kawasan luar bandar yang miskin dengan nisbah jantina lebih cenderung ke arah lelaki di seluruh India. - AFP

Berita Harian X