Isnin, 6 March 2017 | 5:45pm

12 tentera Mali mati diserang militan

LEBIH 12 anggota tentera Mali terbunuh dalam serangan militan dari Burkina Faso ke atas pos kawalan tentera di sempadan. - Foto Africatime

BAMAKO : Lebih 12 anggota tentera Mali terbunuh dalam serangan militan dari Burkina Faso ke atas pos kawalan tentera di sempadan.

Menurut laporan, serangan itu membabitkan pangkalan tentera di Boulkessi, semalam.

Seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata, baki anggota tentera yang masih hidup terpaksa meninggalkan Boulkessi selepas serangan.

Walaupun tiada pihak tampil bertanggungjawab, pihak berkuasa yakin ia dilakukan kumpulan militan dari Burkina Faso dikenali sebagai Ansaroul Islam yang juga dikaitkan dengan kumpulan militan di utara Mali.

Kumpulan terbabit sebelum ini mengaku bertanggungjawab untuk serangan pada Januari lalu yang meragut 11 nyawa termasuk anggota tentera di Burkina Faso.

Keganasan dilakukan kumpulan militan semakin memuncak setahun kebelakangan ini, khususnya di kawasan sempadan antara Mali dan Burkina Faso. - AP

Berita Harian X