Selasa, 28 Februari 2017 | 1:31pm

Penasihat kanan Raja Thailand dipecat

SEORANG penasihat kanan kepada monarki Thailand dipecat, kata pihak berkuasa hari ini. - Foto sg.news.yahoo.com

BANGKOK: Seorang penasihat kanan kepada monarki Thailand dipecat, kata pihak berkuasa hari ini, pembantu kedua Raja Maha Vajiralongkorn disingkirkan secara terbuka dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.

Vajiralongkorn, 64, mengambil alih takhta susulan kemangkatan bapanya Raja Bhumibol Adulyadej, yang memegang tampuk pemerintahan selama 70 tahun. Beliau masih belum mampu menyaingi populariti meluas mendiang bapanya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, senarai meningkat individu dalam lingkungan dalamannya dipecat atau dipenjarakan, termasuk dua yang meninggal dunia tidak lama dalam tahanan tentera.

Pegawai istana terbaru disingkirkan ialah Jumpol Manmai, seorang bekas timbalan pesuruhjaya polis dan istana.

Dalam satu kenyataan, Biro Pengurusan Diraja berkata, Jumpol dipecat kerana cuba secara tidak wajar mendapat manfaat daripada hubungan diraja dan politik.

"Jeneral Jumpol melakukan tindakan tidak wajar sebagai pegawai kanan rapat dengan Raja.

"Beliau menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapat manfaat peribadi dan politik yang membahayakan keselamatan," kata arahan istana, ditandatangani ketua junta Prayut Chan-O-Cha. -AFP

Berita Harian X