Ahad, 26 Februari 2017 | 9:44pm

Amy Yang rangkul kejuaraan golf LPGA Thailand

Amy Yang memperagakan trofi kejuaraan Kejohanan LPGA Thailand. - Foto AP

CHONBURI, Thailand: Amy Yang nyata tidak terbuai dengan kelebihan besar pada pusingan akhir kejohanan LPGA Thailand apabila membenam empat di bawah par 68 untuk muncul juara dengan kelebihan lima pukulan.

Selepas aksi ditangguhkan akibat hujan, Yang terpaksa menghabiskan lima lubang terakhir pada pusingan ketiga pagi tadi dan dia mendahului lima pukulan selepas menamatkan 54 lubang.

Kemudiannya, juara Thailand 2015 itu menyaksikan beberapa kali jurang lima pukulan dirapatkan menjadi tiga pukulan namun pemain Korea Selatan itu bergaya mencatat rekod 22 di bawah 266 pada aksi di Siam Country Club's Pattaya Old Course itu.

Rekod terdahulu iaitu 21 dipegang oleh Suzann Pettersen pada 2007 dan Ai Miyazato pada 2010.

Yang meraih kemenangan buat kali ketiganya dalam Jelajah LPGA par pada lubang ke 14 sebelum meraih par-4 pada lubang ke-15.

"Saya tahu saya perlu melakukannya jadi saya berjaya melakukannya," katanya mengulas mengenai catatan parnya di lubang 14.

Cubaannya untuk membenam eagle pada lubang ke-15 gagal namun dia masih meraih birdie untuk memiliki kelebihan empat pukulan ketika hanya berbaki tiga lubang.

"Saya begitu gembira kerana saya tahu saya perlu bangkit minggu ini. Saya perlu kekal bersabar ketika beraksi," kata Yang yang perlu menghabiskan 31 lubang pada aksi semalam dan 23 lubang hari ini.

Yang meraih 10 birdie, satu eagle dan hanya satu bogey pada pusingan yang berlangsung semalam.

Juara Terbuka Amerika Syarikat 2011, So Yeon Ryu membenam 68 untuk meraih tempat kedua.

Keputusan:

266 - Amy Yang (KOR) 66-67-65-68

271 - Ryu So-yeon (KOR) 69-66-68-68

273 - Kim Sei-young (KOR) 67-70-68-68

275 - Lexi Thumpson (USA) 68-70-70-67; Chun In-gee (KOR) 70-70-67-68; Danielle Kang (USA) 68-69-70-68

276 Moriya Jutanugarn (THA) 69-69-67-71

277 - Lydia Ko (NWZ) 70-71-68-68; Lee Mi-rim (KOR) 71-66-72-68; Austin Ernst (USA) 71-68-69-69; Jodi Ewart Shadoff (ENG) 69-69-68-71; Ariya Jutanugarn 66-68-72-71

278 - Brittany Lincicome (USA) 73-67-70-68

Berita Harian X