Isnin, 20 Februari 2017 | 3:29pm

Pendaki wanita hilang ditemui selamat

 NORFATIN Sulaiman yang sesat ketika pendakian Gunung Irau,Cameron Highlands di bawa turun oleh anggota bomba. - Foto ihsan Bomba
NORFATIN Sulaiman yang sesat ketika pendakian Gunung Irau,Cameron Highlands di bawa turun oleh anggota bomba. - Foto ihsan Bomba

CAMERON HIGHLANDS: Wanita yang sesat ketika menyertai pendakian di Gunung Irau, Cameron Highlands, bersama 47 rakan pendaki lain Sabtu lalu, selamat ditemui pada jam 2.15 petang tadi.

Norfatin Sulaiman, 29 ditemui dalam keadaan selamat selepas 44 jam dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Hasadid A Hamid berkata, mangsa ditemui oleh kumpulan mencari dan menyelamat di satu daripada tiga anak sungai.

Katanya, difahamkan, mangsa ditemui dalam keadaan selamat tetapi lemah dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Operasi membawa keluar mangsa sedang dijalankan dan berkemungkinan mengambil masa lebih sejam untuk sampai ke kaki Gunung Irau," katanya.

Norfatin dilaporkan hilang ketika mendaki gunung berkenaan pada jam 5.30 petang Sabtu lalu selepas dibahagikan kepada lima kumpulan.

Dia yang berada dalam kumpulan kelima dipercayai hilang ketika turun ke 'check point' Pisang dan kali terakhir dilihat ketika berada di 'check point' Mini Irau.

Berita Harian X