X
Isnin, 20 Februari 2017 | 8:49am

Firma Jepun rancang pacu pelaburan

Orang ramai menyeberangi jalan di kawasan perniagaan pusat bandar Tokyo. - Foto Reuters
Orang ramai menyeberangi jalan di kawasan perniagaan pusat bandar Tokyo. - Foto Reuters

TOKYO: Satu pertiga daripada firma Jepun sedang meneroka peluang untuk meningkatkan pelaburan dalam perniagaan di negara berkenaan dalam tempoh tahun kewangan akan datang.

Namun, mereka kurang yakin dengan perbelanjaan modal di Amerika Syarikat (AS) ekoran ketidaktentuan berhubung dasar pentadbiran Trump.

Bagaimanapun, menurut tinjauan Reuters, syarikat automotif Jepun responsif dengan kempen Presiden AS, Donald Trump meletakkan "Amerika Diutamakan" dengan hampir satu pertiga meninjau untuk meningkatkan perolehan tempatan dan lain-lain merancang untuk menaikkan kadar penggunaan kilang.

Kaji Selidik Korporat Reuters mendapati 33 peratus syarikat menjangkakan untuk meningkatkan perbelanjaan modal domestik manakala 57 peratus menyasar mengekalkan paras pada tahun sebelumnya - petanda kepada harapan ke atas usaha Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe bagi pemulihan ekonomi mampan.

Ia adalah kaji selidik pertama yang dilakukan secara meluas untuk mengukur pelan pelaburan perniagaan syarikat Jepun bagi tahun ini bermula April.

Firma Jepun mahu lebih berhati-hati dalam unjuran perbelanjaan modal awal dan merancang menyemak semulanya sepanjang tahun.

"Ini adalah petanda positif," kata Pakar Ekonomi Kanan di Mizuho Research Institute, Hidenobu Tokuda.

"Syarikat pembuatan Jepun pula mengambil langkah tunggu dan lihat berhubung perbelanjaan modal ekoran kekurangan permintaan luar negara.," katanya.

Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X