Ahad, 19 Februari 2017 | 1:13pm
NORFATIN Sulaiman yang menyertai pendakian di Gunung Irau hilang jam 5.30 petang semalam dan sehingga kini masih belum ditemui.- Foto ihsan pembaca
NORFATIN Sulaiman yang menyertai pendakian di Gunung Irau hilang jam 5.30 petang semalam dan sehingga kini masih belum ditemui.- Foto ihsan pembaca

Pendaki wanita hilang ketika menuruni Gunung Irau

OPERASI mencari dan menyelamat yang dijalankan Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands malam tadi bagi mengesan pendaki wanita yang hilang ketika menuruni Gunung Irau, dekat Cameron Highlands.- Foto ihsan Bomba.

CAMERON HIGHLANDS: Seorang wanita yang dipercayai hilang pada jam 5.30 petang semalam ketika menyertai pendakian di Gunung Irau di sini, masih belum ditemui.

Difahamkan, mangsa Norfatin Sulaiman, 29, yang berada dalam kumpulan lima pendaki selepas dibahagikan kumpulan bersama 47 pendaki lain, disedari hilang ketika menuruni gunung berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Mohd Haziq Hazmi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis pada jam 11.20 malam memaklumkan mangsa gagal ditemui.

Katanya, pihaknya memulakan operasi mencari dan menyelamat pada jam 12.15 tengah malam tadi dan sehingga kini operasi masih dijalankan.

"Mangsa disedari hilang oleh ahli kumpulannya selepas separuh perjalanan turun dari 'check point' Pisang dan kali terakhir dia dilihat ialah ketika berada di check point berkenaan.

"Operasi masih dijalankan dan diharapkan mangsa dapat ditemui secepat mungkin," katanya ketika dihubungi.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X