Ahad, 19 Februari 2017 | 12:03am

Semangat terbang Zana

SELAYANG: Mungkin ramai masih beranggapan sukan ekstrim seperti Flying Fox atau Zip Line amat berbahaya dan boleh membawa maut jika silap percaturan.

Namun, bagi Nurul Razanah Mustapa Al-Bakri, 12, sukan lasak berkenaan bukan hanya tidak berbahaya, malah menyeronokkan jika penggiatnya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) keselamatan ditetapkan.

Katanya, apa yang penting sebelum melakukan flying fox ialah memakai peralatan seperti topi keledar, abah-abah, tali statik dan sokongan dengan betul serta mengikuti arahan jurulatih untuk mengurangkan risiko kecederaan jika berlaku kejadian tidak diingini.

Jadi, tidak hairanlah jika Nurul Razanah atau lebih mesra dengan panggilan Zana, terus jatuh hati dengan keseronokan melakukan aktiviti lasak terbabit selepas pertama kali mencubanya.

Bagaimanapun, banyak cabaran perlu dilalui setiap individu yang berminat mencuba kegiatan flying fox di Gua Damai, Batu Caves, di sini, antaranya berjalan selama hampir sejam, meredah hutan, memanjat batu besar, mendaki dan menuruni bukit batu kapur untuk sampai di tapak pelepasan terletak di kawasan setinggi kira-kira 200 meter dari paras laut.

FLYING fox di Gua Damai, Batu Caves. - Foto Ihsan Pembaca
FLYING fox di Gua Damai, Batu Caves. - Foto Ihsan Pembaca

FLYING fox di Gua Damai, Batu Caves. - Foto Ihsan Pembaca
FLYING fox di Gua Damai, Batu Caves. - Foto Ihsan Pembaca

Monyet lari bertempiaran

"Walaupun terpaksa berjalan jauh dan sudah banyak kali melakukan aktiviti flying fox, saya tidak pernah berasa takut atau jemu dan akan terus mencuba jika ada peluang.

"Saya memang suka dan teruja setiap kali dapat mengikuti aktiviti flying fox kerana rasa sangat gembira apabila boleh terbang bebas di udara umpama seperti burung," katanya ketika ditemui di sini.

Apa yang melucukan, kebanyakan mereka yang pertama kali mencubanya akan memejamkan mata dan menjerit sekuat hati sehingga menyebabkan monyet dan burung yang berada di kawasan itu lari bertempiaran.

FLYING fox di Gua Damai, Batu Caves. - Foto Ihsan Pembaca
FLYING fox di Gua Damai, Batu Caves. - Foto Ihsan Pembaca

INFO

  • Panjang Zip Line flying fox di Gua Damai berkenaan ialah kira-kira 250 meter.
  • Masa diambil untuk sampai ke kawasan tanah lapang dari tapak pelepasannya tidak sampai dua minit.
FLYING fox di Gua Damai, Batu Caves. - Foto Ihsan Pembaca
FLYING fox di Gua Damai, Batu Caves. - Foto Ihsan Pembaca
FLYING fox di Gua Damai, Batu Caves. - Foto Ihsan Pembaca
FLYING fox di Gua Damai, Batu Caves. - Foto Ihsan Pembaca
AKTIVITI rock climbing di Gua Damai Ekstrem Park. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir
AKTIVITI rock climbing di Gua Damai Ekstrem Park. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir
PESERTA melakukan program jungle tracking dan menyusuri gua di Gua Damai Ekstrem Park. - Foto Ihsan Pembaca

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X