Jumaat, 17 Februari 2017 | 11:47am

Kilang proses, kitar minyak terbakar

ANGGOTA bomba mengawal kebakaran yang memusnahkan kilang memproses dan kitar semula minyak di Jalan Miel 2, Pasir Gudang, pagi tadi. - Foto ihsan bomba

PASIR GUDANG: Sebuah kilang memproses dan kitar semula minyak di Jalan Meil 2, di sini, musnah dalam kebakaran, pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Azhar Abd Jalil, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada jam 9.21 pagi.

Katanya, operasi memadam kebakaran berkenaan turut mendapat bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru dan Johor Jaya.

"Kebakaran berjaya dikawal kira-kira jam 9.40 pagi.

"Bagaimanapun, punca dan anggaran kerugian kejadian masih dalam siasatan pihak forensik kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," katanya.

Berita Harian X