Isnin, 13 Februari 2017 | 5:46pm

Laut bergelora, SPR teliti kaedah lain angkut peti undi


LAUT bergelora menyebabkan perhubungan antara Sematan dengan Telok Melano terjejas sejak tiga hari lalu menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak meneliti kaedah sesuai untuk menghantar peti undi ke Telok Melano. - Foto Nadim Bokhari

LUNDU:  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak meneliti kaedah sesuai untuk menghantar peti undi ke Telok Melano jika laut bergelora berlarutan hingga hari pengundian, Sabtu ini.

Pengarahnya, Datuk Takun Sunggah, berkata setakat ini pihaknya masih dengan perancangan asal iaitu menggunakan bot untuk melaksanakan proses pilihan raya itu.

"Insya-Allah keadaan ini (laut bergelora) diramalkan reda dalam dua tiga hari lagi bagi membolehkan kita meneruskan perancangan asal.

"Setakat ini pihak kami belum membincangkan kaedah alternatif kerana perlu melihat keadaan terlebih dulu, " katanya ketika dihubungi hari ini. 

Laut bergelora menyebabkan perhubungan antara Sematan dengan Telok Melano terjejas sejak tiga hari lalu. 

Telok Melano, penempatan penduduk yang terakhir di penghujung sebelah barat kepulauan Borneo hanya boleh dihubungi melalui laut. 

Berita Harian X