Khamis, 9 Februari 2017 | 1:59pm

TMJ, MB hadir sambutan Thaipusam

TUNKU Ismail diiringi isteri, Che' Puan Khaleeda Bustamam dan Mohamed Khaled bersalaman dengan masyarakat India ketika hadir ke majlis sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Paripalana Saba, Masai, Pasir Gudang. - Foto Hairul Anuar Rahim

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berangkat ke majlis sambutan perayaan Thaipusam peringkat negeri di Kuil Sri Subramaniar Paripalana Saba di Masai, hari ini.

Tunku Ismail berangkat tiba pada jam 12.30 tengah bersama isteri, Che' Puan Khaleeda Bustamam dan puteri sulungnya, Tunku Kalsom Aminah Sofiah.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia negeri, R Vidyananthan.

Sejurus berangkat tiba, Tunku Ismail disambut lebih 3,000 penganut Hindu yang meraikan perayaan itu dan sempat beramah mesra bersama tetamu yang hadir sebelum ke majlis santapan.

Vidyananthan berkata, pada majlis itu turut diadakan majlis pelancaran Tabung Amanah Kuil Sri Subramaniar Paripalana Saba bagi kebajikan masyarakat setempat yang berjaya mengumpul dana RM150,000.

Berita Harian X