Rabu, 8 Februari 2017 | 9:11pm

Kaki tersangkut dalam lubang tandas

KEADAAN kaki kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun yang tersangkut dalam lubang tandas di rumahnya di Taman Sua Betong di sini, hari ini. - Foto ihsan Bomba

PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 30 minit apabila kaki kanannya tersangkut dalam lubang tandas di rumahnya di Taman Sua Betong di sini, hari ini.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Izam Malek, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.40 petang dan bergegas ke lokasi bersama dua jentera dan 10 anggota.

Katanya, kanak-kanak itu dipercayai tergelincir ketika mahu membuang air, menyebabkan kakinya tersangkut di dalam lubang tandas.

"Bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan kaki mangsa dengan memecahkan lubang tandas berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Mohd Izam berkata, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Berita Harian X