Rabu, 8 Februari 2017 | 12:31pm

Doktor buang 59kg ketumbuhan disangka lemak


ROGER Logan menunjukkan gambarnya sebelum pembedahan mengeluarkan ketumbuhan pada perutnya di Hospital Bakersfield Memorial. - Foto AP

BAKERSFIELD, California: Seorang doktor berjaya mengeluarkan ketumbuhan seberat 59 kilogram daripada perut seorang lelaki yang sebelum ini dianggap hanya lemak biasa oleh doktor lain.

Roger Logan, 57, berjaya menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan bukan barah itu di Hospital Bakersfield Memorial pada 31 Januari lalu dan perlu berada di hospital untuk tempoh seminggu lagi sebelum dibenar pulang ke Gulfport, Mississippi.

Pakar bedah, Dr. Vipul Dev berkata, ketumbuhan itu mungkin bermula dengan pertumbuhan bulu roma yang tidak sempurna sebelum dijangkiti kuman hingga menyebabkan ia membengkak serta mempunyai saluran darah sendiri.

Ketumbuhan itu bermula daripada bahagian perut lelaki itu lebih sedekad lalu.

"Doktor sebelum ini memberitahu saya gemuk dan ia hanyalah lemak biasa," kata Logan ketika ditemuramah KERO-TV di Bakersfield.

Katanya, ketumbuhan itu membesar dan mencecah lantai terutama ketika dia duduk.

"Saya selalu menyamakan keadaan ini tidak ubah seperti rutin meletakkan pita pelekat di leher dan tiga beg simen bersama," kata Logan. - AP

Berita Harian X