Ahad, 5 Februari 2017 | 12:04am

Tujahan air terjun mainan Jessie

Hulu Selangor: Mungkin ramai beranggapan bahawa sukan lasak seperti abseiling atau menuruni puncak arus deras di air terjun amat berbahaya dan tidak sesuai untuk golongan wanita dan kanak-kanak.

Namun, persepsi itu sebenarnya salah kerana sukan abseiling sebenarnya selamat jika mereka yang menceburi kegiatan lasak berkenaan sentiasa berjaga-jaga dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan ditetapkan.

Antara aspek penting perlu dipatuhi setiap individu sebelum menyertai aktiviti abseiling ialah memakai harness atau abah-abah, caribiner, topi kaledar, kasut dan pakaian bersesuaian, serta mendapat tunjuk ajar oleh pakar bertauliah dan berpengalaman.

Bagaimanapun, perasaan takut dan gemuruh tetap menyelubungi diri Jessie Un, 41, yang pertama kali mencuba aktiviti abseiling dekat air terjun Sungai Semangkuk di Hulu Selangor, Selangor bersama kira-kira 30 peserta lain termasuk 22 pelancong asing dari China dan Taiwan, Sabtu lalu.

Malah, Jessie amat teruja untuk mencuba aktiviti abseiling bersama anak lelakinya Juno Goh, lapan tahun, kerana selama ini hanya mendengar suaminya Dino Goh, 40-an, bercerita mengenai keseronokan dan cabaran melakukan pelbagai kegiatan lasak seumpama itu.

AKTIVITI abseiling di Sungai Semangkuk. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir

Pengalaman tersendiri

Walaupun, pada mulanya Jessie berasa berasa takut dan bimbang akan terjatuh seterusnya dihanyutkan arus deras, namun selepas melihat demonstrasi dibuat oleh jurulatih, dia mengambil keputusan untuk cuba menuruni air terjun setinggi kira-kira 50 meter terbabit.

"Kali pertama melakukan aktiviti abseiling ini agak mencabar kerana air terjun sangat deras dan permukaan batu juga licin. Apa yang penting kita jangan mudah berputus asa dan sentiasa berfikiran positif serta memotivasikan diri sendiri.

"Sewaktu melakukan abseiling, saya terjatuh sebanyak dua kali dan susah hendak berdiri semula sebab air memang sangat deras. Namun, mental saya masih positif dan situasi itu membantu saya melengkapkan misi terbabit," katanya.

Abseiling menuruni air terjun adalah aktiviti keempat selepas peserta bermalam di hutan simpan Hulu Selangor, menerokai gua dan bermain Flying Fox di Gua Damai, Gombak yang menawarkan 1,001 pengalaman yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

AKTIVITI abseiling di Sungai Semangkuk.- Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir
AKTIVITI abseiling di Sungai Semangkuk.- Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir

AKTIVITI abseiling di Sungai Semangkuk. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir
AKTIVITI abseiling di Sungai Semangkuk. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir

Jessie juga berharap dapat melakukan aktiviti abseiling atau menuruni air terjun yang lebih ekstrim dan mencabar jika diberikan peluang dan ruang waktu, pada masa depan.

Profil:
Nama: Jessie Un
Umur: 41
Asal: Kuala Lumpur
Adik beradik: Anak bongsu dari dua beradik.

PERALATAN keselamatan untuk aktiviti abseiling di Sungai Semangkuk. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir
PERALATAN keselamatan untuk aktiviti abseiling di Sungai Semangkuk. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir

Peralatan Abseiling:
1. Topi kaledar
2. Tali statik
3. Harness atau abah-abah
4. Pakaian (kasut dan baju) bersesuaian.

AKTIVITI abseiling di Sungai Semangkuk. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir
AKTIVITI abseiling di Sungai Semangkuk. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir
AKTIVITI abseiling di Sungai Semangkuk. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir
AKTIVITI abseiling di Sungai Semangkuk. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir
AKTIVITI abseiling di Sungai Semangkuk. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir
AKTIVITI abseiling di Sungai Semangkuk. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir
PERALATAN keselamatan untuk aktiviti abseiling di Sungai Semangkuk. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir
PERALATAN keselamatan untuk aktiviti abseiling di Sungai Semangkuk. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir
Dino Goh. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir
Dino Goh. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir
Jessie Un. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir
Jessie Un. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X