Sabtu, 4 Februari 2017 | 3:53pm
D Lawrence
D Lawrence

Maut langgar pokok sawit

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mayat D Lawrence, 34, yang maut selepas kereta jenis Hyundai dipandu terbabas sebelum melanggar sebatang pokok sawit di Jalan Felda Bukit Senggeh, Jasin, Melaka. - Foto ihsan pembaca

JASIN: Seorang kakitangan penyiasat di sebuah pasar raya besar di daerah ini maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar sebatang pokok sawit di Jalan Felda Bukit Senggeh di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, D Lawrence, 34, yang memandu kereta jenis Hyundai dikatakan tersepit akibat daripada pelanggaran itu.

 IBU mangsa, G Annamah, tidak dapat menahan sedih ketika menuntut mayat mendiang anaknya, D Lawrence. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
IBU mangsa, G Annamah, tidak dapat menahan sedih ketika menuntut mayat mendiang anaknya, D Lawrence. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBPM) Jasin, Pegawai Bomba (PB) Mohd Rafi Bakar, berkata bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaannya.

"Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa didapati sudah meninggal dunia.

"Bomba mengambil masa selama 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mayat dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat.

Berita Harian X