Isnin, 30 Januari 2017 | 8:30am

Ribut petir berterusan di Sabah dan Labuan


JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran ribut petir dijangka berterusan sehingga pagi ini di perairan Sarawak dan Labuan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran ribut petir dijangka berterusan sehingga pagi ini di perairan Sarawak dan Labuan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam laman webnya pada awal pagi ini, MetMalaysia memaklumkan keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj).

"Keadaan ini akan menyebabkan keadaan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

"Hujan dan ribut petir juga akan berlaku di satu dua tempat di semua negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak pada petang ini," katanya.

MetMalaysia turut memaklumkan bermula 3 Februari, hujan sederhana lebat dijangka melanda di Kelantan dan Terengganu dan satu dua tempat pada di beberapa kawasan di Utara dan Pantai Barat Semenanjung pada sebelah pagi.

"Mulai 3 Februari, hujan dan ribut petir di beberapa tempat terutama akan berlaku di negeri-negeri Pantai Barat, Utara dan Pedalaman Semenanjung pada sebelah petang dan awal malam," katanya.

Berita Harian X