Ahad, 29 Januari 2017 | 9:19pm

Pertarungan Mayweather-McGregor bakal jadi kenyataan

 FLOYD Mayweather Jr bakal bertarung dengan Conor McGregor dalam gelanggang tinju sebenar. - Foto Metro US
FLOYD Mayweather Jr bakal bertarung dengan Conor McGregor dalam gelanggang tinju sebenar. - Foto Metro US

LAS VEGAS: Jaguh tinju dunia yang sudah bersara, Floyd Mayweather Jr berkata pertembungan menentang bintang Ultimate Fighting Championship (UFC), Conor McGregor dalam gelanggang tinju sebenar boleh menjadi kenyataan bagi membolehkan peminat kedua-dua sukan itu menyaksikan sendiri pertarungan yang dinanti-nantikan itu.

McGregor pula dalam satu sesi temu bual di England semalam, berkata dia sedang menimbang untuk menukar karier kepada sukan tinju dan akan fokus untuk pertemuan menentang Mayweather, yang bersara pada 2015.

Mayweather ketika ditanya kemungkinan pertemuan itu menjadi kenyataan mengakui teruja sambil menyuarakan kepastian terhadapnya. - Agensi

Berita Harian X