Khamis, 26 Januari 2017 | 4:40pm

Jepun mungkin adakan rundingan perdagangan bebas dengan AS

TOKYO: Jepun berkemungkinan akan mengadakan perbincangan dagangan bebas dua hala dengan Amerika Syarikat (AS) berikutan pengunduran Amerika Syarikat (AS) daripada Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Perdana Menterinya, Shinzo Abe berkata Jepun akan terus mendesak AS mengenai kepentingan TPP tetapi mustahil untuk membincangkan mengenai rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dan Perjanjian Perkongsian Ekonomi (EPA).

Mengenai perbincangan mengenai perjanjian perdagangan AS-Jepun, Abe berkata beliau akan berdiam daripada membuat spekulasi mengenai dasar perdagangan Trump sehingga barisan kabinet AS diluluskan dan memahami polisi dengan lebih jelas.

PERDANA Menteri Jepun, Shinzo Abe. - Foto Reuters
PERDANA Menteri Jepun, Shinzo Abe. - Foto Reuters

Baki 11 negara TPP, Jepun, Australia, New Zealand, Kanada, Brunei, Chile, Malaysia, Mexico, Peru, Singapura dan Vietnam dijangka berbincang Mac ini mengenai usaha menyelamatkan perjanjian perdagangan pelbagai hala itu.

Australia mencadangkan China sebagai ahli TPP menggantikan Amerika Syarikat, tetapi Beijing mempunyai perjanjian perdagangan pelbagai hala sendiri.

Banyak negara Asia melihat TPP sebagai usaha mengimbangi kuasa China yang semakin meningkat di rantau ini.

Pembatalan TPP adalah antara usaha Trump dalam janji kempen Presidennya sebagai usaha menjauhkan Washington dari sekutu Asia.

Memenuhi janji kempen, Trump menandatangani perintah eksekutif pada Isnin lalu dengan menarik keluar Amerika Syarikat daripada TPP.

Trump berkata, TPP akan menghapuskan peluang pekerjaan dan pelaburan rakyat AS. - REUTERS

Berita Harian X