Selasa, 24 Januari 2017 | 9:42pm

6 maut, helikopter terhempas di tengah Itali

ROME: Sebuah helikopter tindak balas kecemasan bersama enam orang di dalamnya terhempas di sebuah pusat peranginan ski di kawasan pergunungan tengah Itali, hari ini.

Ia adalah nahas terbaru, ketika negara itu berdepan ancaman gempa bumi dan runtuhan salji.

Polis berkata, helikopter itu terhempas berhampiran pusat peranginan Campo Felice, ketika dalam misi menyelamatkan seorang pemain ski yang cedera.

"Kawasan kemalangan sukar dimasuki walaupun dalam cuaca baik, kabus tebal menjadikan keadaan lebih sukar. Ketika ini beberapa pasukan cuba pergi ke lokasi nahas," kata jurucakap polis.

Jurucakap berkata, helikopter mengeluarkan isyarat terhempas dan polis menerima beberapa laporan bunyi letupan kuat.

Campo Felice terletak hampir dengan pusat gempa dan insiden runtuhan salji terbaru. Ia adalah resort kecil popular dalam kalangan penduduk tempatan, terletak 120 kilometer di timur bandar raya ini. -AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X