Ahad, 22 Januari 2017 | 5:58pm

Sungai Tembeling mula melimpah


KEADAAN kawasan Jeti Kampung Pagi, Hulu Tembeling selepas hujan berterusan sejak tiga hari lalu. -Foto Amir Hamzah Nordin

JERANTUT: Pusat Pertumbuhan Baharu Kampung Bantal dekat sini, mula dinaiki air berikutan hujan lebat sejak empat hari lalu.

Penduduk Kampung Bantal, Zulkefli Jamaludin, 51, berkata paras Sungai Tembeling dikesan mula meningkat kira-kira jam 10 malam tadi dan beberapa kedai berhampiran sungai berkenaan mula digenangi air pagi tadi.

"Ada kawasan di Kampung Pagi turut dinaiki air, antaranya berhampiran jeti bot penambang.

"Kami sudah dimaklumkan untuk bersedia jika banjir berulang di kawasan ini, malah aktiviti menangkap ikan sungai juga dihentikan berikutan arus sungai semakin deras," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beberapa kampung di sepanjang Sungai Tembeling yang berisiko banjir ialah Kampung Gusai, Kampung Mat Daling, Kampung Kuala Sat, Kampung Sungai Kucing dan Kampung Kuala Tahan.

Berita Harian X