X
Jumaat, 20 Januari 2017 | 8:53pm
SEBUAH helikopter menghampiri kawasan hotel yang ditimbus runtuhan salji di Rigopiano, tengah Itali, untuk mengambil mangsa yang ditemui selamat. - Foto AP
SEBUAH helikopter menghampiri kawasan hotel yang ditimbus runtuhan salji di Rigopiano, tengah Itali, untuk mengambil mangsa yang ditemui selamat. - Foto AP

10 mangsa runtuhan salji Itali ditemui selamat

Papan tanda menunjukkan arah ke Rigopiano di bandar Farindola di tengah Itali yang dilanda beberapa gempa bumi dan runtuhan salji. - Foto Reuters
Papan tanda menunjukkan arah ke Rigopiano di bandar Farindola di tengah Itali yang dilanda beberapa gempa bumi dan runtuhan salji. - Foto Reuters

PENNE, Itali: Sepuluh mangsa yang terperangkap dalam hotel ski yang ditimbus runtuhan salji kelmarin, ditemui selamat hari ini.

Anggota pasukan kecemasan sempat bercakap dengan mangsa sebelum meminta bantuan helikopter untuk memindahkan mereka yang sudah lebih 40 jam berada di bawah runtuhan Hotel Rigopiano di kawasan pergunungan di tengah Itali.

Jurucakap Kementerian Kehakiman, Federica Chiavaroli, mengesahkan perkembangan terbaru itu kepada pemberita dekat bandar Penne, di mana misi menyelamat diatur dan anggota keluarga mangsa menunggu perkhabaran terkini.

"Sepuluh mangsa sudah ditemui masih hidup dan sedang dikeluarkan dari runtuhan itu," kata Chiavaroli.

Lebih 25 orang, termasuk kanak-kanak, berada di hotel itu ketika ia ditimbus runtuhan salji kelmarin.

Dua mayat sudah dikeluarkan dari runtuhan sejak pasukan penyelamat pertama tiba di lokasi awal pagi semalam. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X