Rabu, 18 Januari 2017 | 7:46pm

Skuad Tok Gajah sedia bangkit

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah. - Foto Farizul Hafiz Awang
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah. - Foto Farizul Hafiz Awang

KUANTAN: Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, mengesahkan skuad Pahang tidak berbelanja besar untuk persiapan musim ini, seperti yang pernah dilakukan pada musim 2013 hingga 2015.

Namun, beliau mengakui peruntukan itu mengatasi perbelanjaan yang dilakukan musim lalu bagi membantu skuad Tok Gajah mencapai prestasi lebih baik selepas gagal menyerlah pada musim 2016.

Ditambah dengan kehadiran pemain berpengalaman untuk musim 2017, beliau yakin kelompok pemain ini mampu membantu meletakkan skuad Tok Gajah sebagai pesaing utama meraih kejayaan.

Beliau turut meminta sokongan padu peminat setia Pahang bagi memastikan prestasi skuad Tok Gajah lebih mantap musim ini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X