Khamis, 5 Januari 2017 | 12:05am

4WD terbakar, pemandu selamat

SEREMBAN: Seorang lelaki terselamat apabila sempat memberhentikan pacuan empat roda (4WD) dipandunya sebelum kenderaan itu terbakar di Kilometer 273.8 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.17 tengah hari berhampiran Bandar Ainsdale itu, pemandu berusia lingkungan 30-an terbabit dipercayai menyedari asap keluar dari enjin kenderaan, lalu berhenti di lorong kecemasan.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit bagi memadamkan kebakaran yang memusnahkan keseluruhan kenderaan terbabit.

"Kejadian menyebabkan kesesakan hampir dua kilometer (km) namun trafik pulih dengan cepat kerana ia berlaku di lorong kecemasan," katanya di sini, hari ini.

SEORANG lelaki terselamat apabila sempat memberhentikan pacuan empat roda (4WD) dipandunya sebelum kenderaan itu terbakar di Kilometer 273.8 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini, hari ini.

Berita Harian X