Rabu, 28 Disember 2016 | 9:33pm
Suasana Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2016 di Pavilion Bukit Bintang yang akan di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto NSTP/Mohd Yusni Ariffin
Suasana Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2016 di Pavilion Bukit Bintang yang akan di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto NSTP/Mohd Yusni Ariffin

TPM meriahkan Rumah Terbuka Krismas

Suasana Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2016 di Pavilion Bukit Bintang yang akan di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto NSTP/Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di pusat beli-belah terkemuka di ibu negara, Pavilion sebentar tadi bagi merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Krismas 2016.

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri pada jam 9 malam disambut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot serta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan perutusan khas sempena Krismas 2016 atau dikenali Hari Natal.

Lebih 5,000 rakyat pelbagai kaum menghadiri majlis yang turut dimeriahkan dengan persembahan khas Krismas daripada artis terkenal sejak jam 2 petang.

Pengunjung yang berbelanja di pusat beli-belah itu terpesona dengan kemeriahan tema hiasan dalaman sempena sambutan Hari Krismas tahun ini.

Berita Harian X