Selasa, 27 Disember 2016 | 11:56am

Bekas pemain Pahang era 70-an meninggal

KUANTAN: Bekas pemain Pahang tahun 70-an dan 80-an, Abdullah Akil meninggal dunia dipercayai serangan jantung di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini jam 1.30 pagi ini. 

Abdullah, 70, yang pernah beraksi sebagai pemain tengah skuad Tok Gajah itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bungkit Rangin, di sini pada jam 11 pagi ini. 

Sepanjang kerjaya sebagai pemain bola sepak Pahang, Allahyarham Abdullah pernah membantu Pahang muncul juara Piala Emas Raja-Raja pada 1979 dan pernah menjawat jawatan sebagai EXCO Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), penolong setiausaha dan penolong bendahari PBNP.

Berita Harian X