Isnin, 26 Disember 2016 | 10:40pm

Penunggang maut motosikal kuasa besar rempuh lori

AZMI maut ketika dirawat di hospital selepas motosikalnya merempuh lori di Kilometer 33.4 Jalan Seremban-Simpang Pertang, petang tadi.
AZMI maut ketika dirawat di hospital selepas motosikalnya merempuh lori di Kilometer 33.4 Jalan Seremban-Simpang Pertang, petang tadi.

KUALA KLAWANG: Seorang penunggang motosikal berkuasa besar maut selepas merempuh lori pasir di Kilometer 33.4 Jalan Seremban-Simpang Pertang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Othman Basri, berkata Azmi Sulaiman, 41, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Jelebu di sini.

Katanya, kemalangan jam 3.11 petang itu dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan di satu selekoh.

"Lori yang datang dari arah bertentangan mengelak ke bahu jalan sebelah kiri namun mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh lori berkenaan," katanya di sini, malam ini.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X