Sabtu, 24 Disember 2016 | 6:53pm

SPAD gantung lesen operasi Goldstar Express

KEADAAN bas yang terbabas dalam kemalangan di Km 137.4 lebuhraya Utara Selatan arah utara membabitkan sebuah bas Express Alisan dari Singapura ke Kuala Lumpur. - Foto Rasul Azli Samad
KEADAAN bas yang terbabas dalam kemalangan di Km 137.4 lebuhraya Utara Selatan arah utara membabitkan sebuah bas Express Alisan dari Singapura ke Kuala Lumpur. - Foto Rasul Azli Samad

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung lesen operasi Goldstar Express (M) Sdn Bhd, syarikat pengendali bas ekspres Alisan Golden Coach yang terbabit nahas di KM137.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dekat Muar, Johor, pagi tadi.

SPAD dalam satu kenyataan berkata, penggantungan itu yang berkuat kuasa serta merta adalah bagi menyiasat tragedi itu yang mengorbankan 14 nyawa.

Katanya, penggantungan itu yang akan berakhir apabila penyiasatan pelbagai agensi selesai, dilaksanakan kerana bimbang dengan keselamatan penumpang yang memilih perkhidmatan syarikat terbabit.

"SPAD tidak akan bertolak ansur terhadap pelanggaran amalan keselamatan dan dengan tegas mengingatkan pengendali bas ekspres yang didapati bersalah mengabaikan aspek keselamatan akan berdepan tindakan udnang-undang.

"Kami tidak teragak-agak membatalkan lesen operator dan permit pengendalian perkhidmatan jika didapati melanggar syarat keselamatan mengikut lesen berkenaan," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X