Ahad, 18 Disember 2016 | 10:33am

Pasangan guru maut, 5 anak cedera MPV bertembung treler


KEMALANGAN maut yang berlaku di Jalan Alor Punti, dekat Pendang, malam tadi.

PENDANG: Sepasang suami isteri maut, manakala lima anak mereka cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki mereka bertembung sebuah treler di Jalan Alor Punti, dekat sini, malam tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, Mohd Padzil Rashid, 50, yang memandu pemandu PERODUA Alza maut di tempat kejadian, manakala isterinya, Masmiwaza Mohd Noor, 42, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Sementara lima anak mereka berusia antara tujuh hingga 12 tahun cedera dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Fadzil Hashim, berkata PERODUA Alza dinaiki tujuh sekeluarga datang dari arah Titi Haji Idris menuju pekan Pendang untuk pulang ke rumah mereka di Taman Setia, dekat sini.

Katanya sebaik tiba di lokasi kejadian MPV berkenaan dikatakan terbabas ke lorong bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X