Ahad, 18 Disember 2016 | 8:10am

3 maut, militan serang konvoi tentera India di Kashmir


PASUKAN tentera India mengadakan operasi selepas pemberontak menyerang hendap konvoi tentera di Pampore, di pinggir Srinagar, India. - Foto AP

SRINAGAR: Serangan militan ke atas konvoi tentera di Kashmir pada Sabtu, membunuh tiga anggota tentera, kata jurucakap pertahanan.

Peningkatan keganasan di kawasan itu yang menjadi pertikaian India-Pakistan, meningkatkan lagi ketegangan hubungan kedua-dua negara.

Kumpulan tentera itu diserang hendap di pinggir bandar Srinagar, ibu negeri Jammu dan Kashmir kawasan yang menyaksikan tentera India menentang pemberontakan bersenjata sejak 1989.

Jurucakap pertahanan berkata, tentera sudah melancarkan operasi memburu militan yang melakukan serangan pada Sabtu. Bulan lalu, militan turut menyerang pangkalan tentera dekat Jammu mengorbankan tujuh askar.

"Tahun yang buruk mengorbankan ramai pasukan keselamatan dan ia semakin teruk," kata pemimpin kumpulan pembangkang utama di Jammu dan Kashmir menerusi laman Twitter. - Reuters

Berita Harian X