Isnin, 5 Disember 2016 | 10:12am

UNITAR, UTM jalin bekerjasama pengajian kejuruteraan

KOTA BHARU: Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) akan mengadakan kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang pengajian kejuruteraan menjelang Oktober tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Seni dan Sains (ANS) UNITAR, Mohd Nasir Idris, berkata kerjasama berkenaan akan mewujudkan empat cabang diploma kejuruteraan termasuk kejuruteraan awam.

"Diploma lain termasuk Kejuruteraan Elektrik, Seni Bina serta Pengurusan Teknologi.

"Kami dijangka menerima latihan pengesahan UTM pada 7 Disember ini dan seterusnya memeterai perjanjian bersama.

"Jika tiada halangan, kita akan mulakan di cawangan Alor Setar pada Oktober 2017 selepas mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Malam Gala Vaganza UNITAR di sini, malam tadi.

Mohd Nasir berkata, kerjasama itu akan membuka ruang pekerjaan lebih besar dalam sektor kejuruteraan kepada pelajar UNITAR.

"Pada peringkat permulaan, seramai 400 pelajar akan diambil bagi mengikuti diploma. Ini adalah kali pertama Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bekerjasama dengan UTM di negeri utara Semenanjung," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X