Jumaat, 2 Disember 2016 | 11:59pm

Juruterbang sakit, pesawat mendarat cemas di Pakistan


Penerbangan Saudi Arabian Airlines.

RIYADH: Sebuah penerbangan Saudi Arabian Airlines membuat pendaratan cemas di Pakistan apabila juruterbangnya mengalami masalah kesihatan ketika dalam perjalanan dari India ke Jeddah.

"Kapten pesawat Airbus A330 mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan pembantunya mengambil alih kawalan pesawat," kata Agensi Saudi Press (SPA) memetik sumber syarikat penerbangan dikenali Saudia itu.

SPA berkata, pembantu juruterbang membuat keputusan mendarat di Karachi, di mana seorang doktor merawat rakannya.

"Pembantu juruterbang berjaya mendaratkan pesawat dan kapten diperiksa. Doktor memindahkannya ke hospital untuk rawatan lanjut," kata sumber tanpa menjelaskan masalah kesihatan dihadapi. - AFP

Berita Harian X