Ahad, 7 Disember 2014 | 5:32am

Laporan Khas: Penjenamaan semula bidang pekerjaan


Rakyat tempatan tidak mahu bekerja di sektor perladangan kerana malu akibat status sosial, sedangkan pekerjaan ini memberi upah lumayan. - Gambar hiasan

Meskipun kehadiran warga asing mencetuskan pelbagai masalah sosial, tenaga mereka sebenarnya masih diperlukan untuk menggerak beberapa sektor seperti perkhidmatan, perkilangan, perladangan dan sebagainya. Namun, hasil siasatan mendapati pekerja asing ini lebih rajin berbanding pekerja anak tempatan dalam sektor berkenaan. Wartawan BH Ahad, ROHANIZA IDRIS dan NADIA HAMID cuba menyelongkar isu ini dari pelbagai sudut.

Kuala Lumpur : Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan yakin masalah pergantungan terhadap tenaga kerja asing boleh diselesaikan jika persepsi terhadap status sosial pekerjaan diubah.

Beliau berkata, penjenamaan semula bidang pekerjaan boleh mengubah sikap dan status sektor pekerjaan.

"Isu sekarang bukan soal upah dan bayaran yang diterima tetapi pelabelan terhadap sektor pekerjaan serta status sosial. Contohnya, rakyat tempatan tidak mahu bekerja di sektor peladangan kerana malu akibat status sosial, sedangkan pekerjaan ini memberi upah lumayan terutama dengan harga komoditi yang tinggi," katanya.

Beliau optimis ramai yang akan menceburi bidang peladangan jika sektor itu ditampilkan sebagai pekerjaan yang setaraf eksekutif atau profesional.

"Ini semua ada kaitan dengan persepsi bukan soal malas atau upah dan isu produktiviti," katanya.

Dapatkan akhbar BHAhad untuk berita selanjutnya.

Berita Harian X