Selasa, 29 November 2016 | 1:32pm

Moise menang pilihan raya presiden Haiti

PORT-AU-PRINCE: Ahli perniagaan Jovenel Moise, calon yang disokong oleh bekas Presiden Michel Martelly, memenangi pusingan pertama pilihan raya Presiden Haiti, dengan 55.67 peratus sokongan, demikian menurut keputusan rasmi.

Ketua Majlis Pilihan Raya, Uder Antoine, berkata Moise mendahului calon pembangkang LAPEH, Jude Celestin, 19.52 peratus, manakala Moise Jean Charles mendapat 11.04 peratus dan Maryse Narcisse 8.99 peratus.

Undang-undang Haiti menawarkan calon peluang untuk mencabar keputusan pilihan raya presiden dan perundangan di mahkamah pilihan raya, sebelum keputusan akhir dijadualkan akan diumumkan pada 29 Disember. - AFP

Berita Harian X