Sabtu, 26 November 2016 | 9:19pm

Lufya, Che Muhammad Hafiz sah suami isteri

AMPANG: Pelakon Lufya Omar, 31, sah bergelar isteri kepada doktor kacak, Che Muhammad Hafiz Che Baharom dengan sekali lafaz di Laman Cinta Nirwana, di sini, pada jam 8.32 malam tadi.

Pasangan ini dinikahkan bapa pengantin perempuan, Sheikh Omar Sheikh Abdullah. Upacara pernikahan disaksikan Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim.


PELAKON Lufya Omar bersama suaminya, Che Muhammad Hafiz Che Baharom.

Lufya yang popular dengan drama Umairah di TV3, menerima mas kahwin RM2,000 daripada suaminya. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang berbalas tujuh dulang daripada pengantin lelaki.

Ketika ditemui BH Online, Lufya bersyukur majlis pernikahan selesai seperti dirancang.

"Fasa baharu buat kami sudah bermula," katanya.

Mengenai suaminya, Lufya menyifatkan Che Muhammad Hafiz sangat positif dalam banyak perkara.

"Alhamdulillah, saya nampak kesungguhannya memperisterikan saya. Saya bersyukur dipertemukan jodoh dengan lelaki kacak dan lebih utama dia sangat menghormati ahli keluarga dan mempunyai ciri-ciri suami yang baik... Hatinya sangat baik.

"Dia juga seorang yang bijak, penyayang, 'happy go lucky', penyabar dan romantik," katanya.

Berita Harian X