Rabu, 23 November 2016 | 11:50pm
TIMBALAN Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaan Celcom, Azwan Khan Osman Khan (dua dari kiri) menunjukkan telefon pintar percuma yang ditawarkan.

Blue Cube Weekend tawar telefon pintar percuma, diskaun

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd akan menawarkan rangkaian pelbagai telefon pintar baharu sepanjang kempen Blue Cube Weekend bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Kempen tiga hari itu menyaksikan pelanggan berpeluang memiliki telefon pintar percuma dan diskaun hebat hingga 80 peratus untuk semua peranti dengan mendaftar pelan Celcom FIRST di semua cawangan Blue Cube dan Celcom Centre.

Sejajar dengan pelancaran pelan baru Celcom FIRST yang menawarkan kuota internet terbesar dan usaha pemodenan rangkaian Celcom 4G, Blue Cube Weekend membolehkan pelanggan memiliki telefon pintar baharu pada nilai hebat serta menikmati rangkaian 4G terbaik di negara ini.

Blue Cube Weekend mencerminkan komitmen Celcom kepada pelanggannya dalam menyediakan nilai hebat dengan rangkaian terbaik.

Ia bukan saja tawaran pelbagai telefon pintar percuma, malah diskaun hebat hingga 80 peratus bagi telefon pintar terbaharu, pada harga serendah RM288 di semua 60 cawangan seluruh negara.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaan Celcom, Azwan Khan Osman Khan, berkata kempen Blue Cube Weekend adalah cara terbaik dalam memberi peluang kepada pelanggan menaik taraf kepada telefon pintar baharu.

Katanya, tawaran itu tertakluk kepada sementara stok masih ada dan dipadankan dengan pelan baharu Celcom FIRST yang dijana oleh rangkaian 4G Celcom.

"Kehendak pelanggan kini sentiasa berubah dengan pantas. Maka, kami meletakkan pengalaman serta keperluan mereka sebagai keutamaan. Ia sentiasa menjadi teras Celcom untuk menyedia perkhidmatan pelanggan yang terbaik," katanya dalam satu kenyataan.

Peranti percuma boleh dimiliki dengan mendaftar mana-mana pelan Celcom FIRST, sama ada Celcom FIRST Platinum atau FIRST Gold Plus dengan 40GB pada RM98.

Pelanggan sedia ada juga boleh menikmati telefon pintar PERCUMA apabila mereka menaik taraf dan menambah pelan langganan kepada Celcom FIRST Platinum atau pelan FIRST Gold Plus sepanjang Blue Cube Weekend.

Berita Harian X