Ahad, 20 November 2016 | 8:25am

Lelaki terjatuh bot ditemui lemas

BUTTERWORTH: Lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot dinaiki berhampiran Jeti Kilang Gula Perai di sini, ditemui lemas tengah malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, mayat C Ravichandran, 42, ditemui di dasar sungai berkenaan pada jam 12.29 tengah malam.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.47 malam sebelum tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian.

"Bomba menerima maklumat mangsa dilihat terjatuh ke dalam sungai kira-kira 10 minit selepas bot yang dinaiki bersama seorang rakan bergerak dari jeti.

"Mangsa dilihat cuba menyelamatkan diri sebelum hilang dibawa arus sungai," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, yang mengesahkan kejadian berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Berita Harian X