Khamis, 17 November 2016 | 10:17am
Keadaan kenderaan dinaiki empat mangsa yang terbabas ke dalam gaung di Jalan Lintas Apin-Apin, Keningau menyebabkan seorang maut, pagi tadi. - Foto Ihsan JBPM Sabah
Keadaan kenderaan dinaiki empat mangsa yang terbabas ke dalam gaung di Jalan Lintas Apin-Apin, Keningau menyebabkan seorang maut, pagi tadi. - Foto Ihsan JBPM Sabah

Seorang maut, 3 cedera kereta masuk gaung

Keadaan kenderaan dinaiki empat mangsa yang terbabas ke gaung di Jalan Lintas Apin-Apin, Keningau menyebabkan seorang maut, pagi tadi. - Foto Ihsan JBPM Sabah
Keadaan kenderaan dinaiki empat mangsa yang terbabas ke gaung di Jalan Lintas Apin-Apin, Keningau menyebabkan seorang maut, pagi tadi. - Foto Ihsan JBPM Sabah

KENINGAU: Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera ringan selepas kereta yang mereka naiki terhumban ke gaung sedalam kira-kira 20 meter di Jalan Lintas Apin-Apin, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi, Kumbang Tandagan, 55, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada badan.

Tiga yang cedera pula ialah Nurasyah Balqis Ambalu Abdullah, 29; Paturus Bungka, 48, dan Beatrice Sandra Stephen, 6.

Difahamkan, ketika kejadian, kenderaan dinaiki empat mangsa dipercayai terbabas ke gaung di tepi jalan.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Affendy K Ramin, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 5.22 pagi sebelum menghantar lapan anggota bersama dua jentera yang tiba di lokasi jam 5.55 pagi.

"Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Keningau menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut," katanya di sini, sebentar tadi.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X