Jumaat, 11 November 2016 | 3:05pm

Warga emas dikhuatiri dibaham buaya

MUKAH: Seorang warga emas dilaporkan hilang dikhuatiri dibaham buaya pagi tadi selepas perahu digunakannya ditemui tersadai dengan kesan gigitan reptilia itu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Borhan Sufyan, berkata mangsa yang dikenali sebagai Sili Ismail, 60, dilaporkan keluar menjala di Sungai Batang Oya, Kampung Bakong, di sini, kira-kira jam 8 pagi tadi.

Katanya, bimbang dengan kelewatan mangsa pulang ke rumah, keluarga mangsa terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dalat sebelum menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Mukah bagi mendapatkan bantuan.

"Bertindak atas maklumat, gerakan mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan di lokasi terakhir warga emas dilaporkan dilihat.

"Operasi SAR turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM). Lokasi pencarian kini bertumpu di sekitar dua kilometer di sepanjang sungai dan sehingga jam 2 petang ini, mangsa belum ditemui," katanya.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X