Ahad, 6 November 2016 | 2:49pm

Jepun bantah kapal China belayar dekat wilayah pertikaian


PENGAWAL pantai China belayar di Senkaku, Jepun. - Foto AFP

TOKYO: Jepun sekali lagi membantah perbuatan China hari ini selepas pengawal pantai China belayar dekat pulau di ke wilayah perairan yang dipertikaikan di Laut China Timur, kata Tokyo.

Empat kapal China memasuki perairan sekitar pulau-pulau kecil, yang dikenali sebagai Senkaku di Jepun dan Diaoyu di China, kira-kira jam 10 pagi (waktu tempatan), menurut Pengawal Pantai Jepun.

Mereka meninggalkan wilayah perairan itu dalam tempoh dua jam, kata pengawal pantai.

Kedua-dua negara itu terkunci dalam pertikaian sekian lama membabitkan pulau-pulau kecil tidak berpenghuni yang dikawal Tokyo.

Jepun sering membuat aduan berikutan tindakan China yang acap kali meningkatkan ketegangan serantau dengan menghantar kapal-kapal ke rantaian pulau berkenaan walaupun sering kali di protes Tokyo. - AFP

Berita Harian X