Sabtu, 5 November 2016 | 8:56am

Trio Leicester saingi Messi, Ronaldo

Tiga pemain Leicester City, dari kiri, Riyad Mahrez, Jamie Vardy dan N'Golo Kante. - Foto http://www.eurosport.co.uk/
Tiga pemain Leicester City, dari kiri, Riyad Mahrez, Jamie Vardy dan N'Golo Kante. - Foto http://www.eurosport.co.uk/

ZURICH: Tiga pemain Leicester City akan cuba menamatkan dominasi lapan tahun Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo bagi merebut anugerah pemain terbaik dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Riyad Mahrez, Jamie Vardy dan N'Golo Kante masing-masing disenaraikan sebagai calon bersama Messi dan Ronaldo dalam senarai 23 pemain bagi merebut anugerah berprestij itu.

Kante berpindah ke Chelsea sejak Leicester menjuarai Liga Perdana Inggeris, Mei lalu.

Sebagai rekod, Messi merangkul anugerah pemain terbaik dunia kelimanya musim lalu manakala Ronaldo memenanginya sebanyak tiga kali.

Ronaldo diletakkan sebagai pilihan bagi memenanginya tahun ini kerana berjaya membantu Portugal menjuarai Euro 2016 dan membawa Real Madrid merekodkan gelaran ke-11 Liga Juara-Juara.

Ketika tiada pemain Portugal lain disenaraikan, Jawatankuasa Bola Sepak FIFA menyenaraikan empat lagi pemain dari Real - Gareth Bale, Toni Kroos, Luka Modric dan Sergio Ramos.

Messi akan disertai rakan sepasukannya di Barcelona, Neymar, Luis Suarez dan Andres Iniesta.

Kesemua 23 pemain yang disenaraikan beraksi untuk kelab di Eropah.

Undian akan dijalankan oleh kapten skuad kebangsaan dan jurulatih selain pihak media yang terpilih. FIFA akan mengumumkan tiga pemain terakhir sebagai calon pada 2 Disember depan.

Senarai 23 calon Pemain Terbaik Dunia:

Sergio Aguero (Argentina, Manchester City), Gareth Bale (Wales, Real Madrid), Gianluigi Buffon (Itali, Juventus), Cristiano Ronaldo (Portugal, Real Madrid), Kevin De Bruyne (Belgium, Manchester City), Antoine Griezmann (Perancis, Atletico Madrid), Zlatan Ibrahimovic (Sweden, Paris Saint-Germain/Manchester United), Andres Iniesta (Sepanyol, Barcelona), N'Golo Kante (France, Leicester/Chelsea), Toni Kroos (Jerman, Real Madrid), Robert Lewandowski (Poland, Bayern Munich), Riyad Mahrez (Algeria, Leicester), Lionel Messi (Argentina, Barcelona), Luka Modric (Croatia, Real Madrid), Manuel Neuer (Germany, Bayern Munich), Neymar (Brazil, Barcelona), Mesut Ozil (Jerman, Arsenal), Dimitri Payet (France, West Ham), Paul Pogba (France, Juventus/Manchester United), Sergio Ramos (Sepanyol, Real Madrid), Alexis Sanchez (Chile, Arsenal), Luis Suarez (Uruguay, Barcelona), Jamie Vardy (England, Leicester). - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X