Isnin, 31 Oktober 2016 | 3:08pm
KEADAAN dapur yang menyebabkan Seorang lelaki berusia 60 tahun melecur badan.
KEADAAN dapur yang menyebabkan Seorang lelaki berusia 60 tahun melecur badan.
SEORANG lelaki berusia 60 tahun melecur badan ketika memasak di rumahnya di Nilai Impian
SEORANG lelaki berusia 60 tahun melecur badan ketika memasak di rumahnya di Nilai Impian

Lelaki melecur disambar api ketika memasak

Foto Khairul Najib Asarulah Khan

NILAI: Seorang lelaki berusia 60 tahun melecur badan ketika memasak di rumahnya di Nilai Impian di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, mangsa melecur pada tangan kiri, badan dan kaki.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Ridwan Yahya, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.45 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian bersama dua jentera termasuk jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan tujuh pegawai serta anggota.

Sebaik tiba, katanya, anggota EMRS terus membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Nilai di sini, untuk mendapatkan rawatan.

"Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadam api bahagian dapur rumah itu yang terbakar kira-kira 30 peratus," katanya di sini, hari ini.

Ahmad Ridwan berkata, kejadian dipercayai berpunca akibat saluran gas yang longgar hingga mengakibatkan api menyambar, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Berita Harian X