X
Ahad, 23 Oktober 2016 | 3:17pm

Kuiz Rock Bro!: 200 tiket untuk dimenangi pengikut FB BH

KUIZ Rock Bro! dalam www.facebook.com/bhonline
KUIZ Rock Bro! dalam www.facebook.com/bhonline

KUALA LUMPUR: Mulai esok, BH Online menerusi laman Facebook (FB) yang diikuti lebih lebih empat juta pengikut akan menganjurkan Kuiz Rock Bro! - BH selama lima hari.

Menawarkan 200 tiket untuk menonton filem Rock Bro! arahan Mamat Khalid, pengikut FB BH Online hanya perlu menjawab dua soalan mudah yang dihantar melalui kolum komen pada status yang dimuat naik.

Apa yang perlu dilakukan pembaca hanyalah menunggu status berhubung Kuiz Rock Bro! - BH dimuat naik pada laman FB BH Online mulai esok hingga Jumaat ini.

Setiap posting yang dikongsi menyediakan soalan berbeza untuk dijawab pengikut laman FB BH Online.

Pemenang akan dihubungi penganjur melalui akaun FB masing-masing.

Filem Rock Bro! yang menjadi karya terakhir dalam trilogi Rock garapan Mamat dan diterbitkan Grand Brilliance Sdn Bhd, bakal menggamatkan pawagam di seluruh negara, mulai Khamis ini.

Filem Rock Bro! menampilkan pelakon hebat seperti Pekin Ibrahim, Khir Rahman, Soffi Jikan, Datuk Hattan, Amy Juliet dan ramai lagi. Filem itu mengangkat kisah perjuangan penyanyi dan kumpulan rock pada era 1980-an dan 1990-an.

Pada tahun 2005, filem pertama Rock menemui penonton disusuli Rock Ooo yang diputarkan di pawagam pada tahun 2013.

Berita Harian X