Jumaat, 21 Oktober 2016 | 3:03pm

Arsenal, Spurs sedia gugat City

LONDON: Dua pesaing London Utara, Arsenal dan Tottenham Hotspur, kini mempunyai peluang untuk menambah tekanan kepada pasukan Pep Guardiola esok bagi mengatasi Manchester City yang berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).

The Gunners yang menyamai mata City, akan bermain di laman sendiri bertemu pasukan yang bergelut, Middlesbrough sementara Spurs, dengan ketinggalan satu mata akan bertemu Bournemouth.

City yang masih segar daripada kekalahan 4-0 dalam saingan Liga Juara-Juara kepada bekas pasukan bimbingan Guardiola, Barcelona semalam, akan bermain dalam perlawanan Ahad ini apabila dijadual bertemu Southampton di Eastlands.

The Gunners kini mencatat rekod 11 perlawanan tanpa tewas dan pengurus veteran, Arsene Wenger berkata: "Saya rasakan itu pada saat ini, kerana kami memenangi perlawanan satu ke satu perlawanan, keyakinan kami tinggi.

Tottenham pula bakal mengharungi perlawanan menentang pasukan Bournemouth, yang mempamer kualiti permainan bola sepak di bawah pengurus muda, Eddie Howe.

"Dia sudah melakukan tugas dengan sukar dipercayai," kata pengurus Spurs, Mauricio Pochettino.

"Mereka pamerkan setiap minggu yang mereka adalah pasukan dengan prinsip." - AFP

Berita Harian X