Rabu, 19 Oktober 2016 | 8:49pm

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong permintaan berterusan bagi mata wang tempatan.

Pada 6 petang, ringgit disebut pada 4.1900/1950 berbanding dolar AS daripada 4.1925/1975 semalam.

Peniaga berkata, peningkatan ringgit adalah seiring mata wang negara Asia pesat membangun selepas harga pengguna AS menunjukkan inflasi sederhana.

"Pelabur mengurangkan jangkaan mereka terhadap kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS pada Disember," katanya.

Beliau juga berkata, kenaikan harga minyak mentah susulan pengurangan inventori menjadikan mata wang tempatan diniagakan tinggi.

Harga minyak mentah Brent meningkat 74 cent kepada AS$52.42 setong manakala minyak mentah West Texas Intermediate naik 73 cent kepada AS$51.02 setong.

Ringgit meningkat berbanding mata wang utama lain, kecuali yen.

Mata wang tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0220/0260 daripada 3.0240/0281 semalam dan meningkat berbanding pound kepada 5.1499/1578 daripada 5.1517/1600 semalam.

Unit tempatan turut diniagakan tinggi berbanding euro kepada 4.6073/6132 daripada 4.6201/6261 namun susut berbanding yen kepada 4.0514/0578 daripada 4.0332/0388 semalam. - BERNAMA

Berita Harian X