Isnin, 17 Oktober 2016 | 7:44am

Pemimpin ekstremis Bangladesh digantung

DHAKA: Pihak berkuasa penjara di bandar Khulna, selatan Bangladesh melaksanakan hukuman gantung terhadap pemimpin kanan kumpulan ekstremis yang dikaitkan dengan pembunuhan tebusan warga asing pada tahun 2005.

Asadul Islam, 42, pemimpin Jamayetul Mujahideen Bangladesh (JMB) yang diharamkan, ke tali gantung kerana peranannya dalam letupan yang meragut dua nyawa hakim.

Kerajaan Bangladesh juga menyalahkan JMB dalam serangan pada 1 Julai 2005 itu di sebuah kafe di Dhaka apabila 22 orang yang kebanyakannya tebusan warga asing, ditembak dan ditetak sehingga mati.

"Dia digantung sampai mati pada 10.30 malam (waktu Bangladesh) di Penjara Khulna," kata Pesuruhjaya Polis Khulna, Nibhas Chandra Majhi sambil menambah penjara dikawal ketat bagi mengelak sebarang keganasan.

Asadul yang juga dikenali sebagai Arif, adalah seorang daripada tujuh pemimpin kanan JMB termasuk pengasasnya, Shaikh Abdur Rahman, yang dijatuhi hukuman mati kerana serangan bom terhadap sebuah bas mini yang membunuh dua hakim pada 14 November 2005.

Enam lelaki termasuk Rahman telah menjalani hukuman mati pada Mac 2007 oleh kerajaan sementara tentera. - AFP

Berita Harian X