Jumaat, 28 November 2014 | 3:50pm
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak melihat akhbar New Sunday Times, keluaran 1 September 1957 bersama (dari kiri) Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali; Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid; Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Mohamad Azlan Abdullah; Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Amrin Awaluddin dan Penolong Pengarang NST Online, Azlan Abu Bakar ketika melawat bilik operasi akhbar kumpulan NSTP di Laman Media, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. - Foto Shahril Badri

UMNO: Najib tinjau 'Balai Berita' di PWTC

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengadakan lawatan ke bilik media The New Straits Times Press (NSTP) atau 'Balai Berita' di Laman Media UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Najib meluangkan masa meninjau operasi tiga akhbar NSTP, Berita Harian (BH), New Straits Times (NST) dan Harian Metro (HM) termasuk bahagian online masing-masing sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014.

Beliau turut beramah mesra bersama Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Amrin Awaluddin; Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Mohammad Azlan Abdullah; Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid; Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali dan petugas media tiga akhbar berkenaan.

Berita Harian X